Do read, do follow. Please dont copy any my words. I know where's mine, where's not. Thank you x

mana kau?

Aku ketawa terbahak-bahak dalam kelas, Aliya mengulangi reaksi cikgu Borhan apabila murid-murid mengetawakan dia kerana ketiaknya yang basah. Tiba-tiba, ada murid dari kelas sebelah ketuk pintu. "Afyka Adriana mana?" Aku berdiri, lantas berkata, "Salam tak ada? A'ah aku Afyka Adriana, kenapa?" Aku senyum.

"Ada orang panggil kau, dekat kelas sebelah." Dia membalas dengan nada slumber, "Siapa? Okay, kejap lagi aku pergi." Aku gelisah, siapa dia? Tiba-tiba teringatkan arwah Syed Farhan. Selalunya, arwah yang menyuruh orang memanggil aku untuk pergi ke kelas dia. "Woi Fyka, asal kau termenung? Pergi lah, mungkin Ed yang panggil." Lantas Yana tertawa. "This is not funny at all, he's gone, far away from me." Air mata aku bergenang, aku terduduk.

"Fyka, kau okay ke? Aku minta maaf. Aku tak sengaja." "Ini bukan sengaja ke tak sengaja, aku okay kalau kau tak cakap macam tu." Aku mengeluh. Keadaan suram, seakan-akan malaikat lalu. Amanda menyampuk, "Fyka, I teman you pergi kelas sebelah ye. Tak mau lah sedih-sedih ni. Kita semua tahu dia dah pergi, I bagi pihak Yana nak minta maaf." Aku memandang ke arah Amanda, "memang senang korang cakap, tapi bagi aku?" hati kecilku berkata.

Aku berdiri, lantas berkata "Amanda, jom lah." Kami berdua berjalan ke kelas sebelah. Aku gelisah, aku sedih, macam-macam perasaan ada dalam hati aku sepanjang aku melangkah ke kelas arwah. Aku tunduk, "Fyka....." Suara yang amat aku kenali, hati aku gugur, aku tak sanggup memandang ke arah suara itu.

"Fyka, sinilah. Ed panggil ni." Dia seolah-olah memanggilku. Aku memandang ke arah Amanda, "Amanda, this is not him. Let's go." Amanda membuat muka seolah-olah tidak faham, "haa? who is him?" Aku berlalu pergi, tapi 'dia' lantas merangkul tangan aku. "Fyka, dah tak ingat orang ke? ni Ed lah Fyka, I miss you sayang, I miss you so much." Air mata aku bagaikan air terjun di Gunung Kota Kinabalu.

Aku memandang ke arah mukanya. Wajah yang amat aku kenali. Ed kelihatan pucat. Lantas aku memeluknya. "Ed pergi mana, Fyka cari Ed. Kenapa Ed tinggalkan Fyka, I miss you too Ed.." Aku memeluknya erat. Ed bawa aku pergi ke dalam kelasnya. Aku seakan-akan di pukau.

"Fyka, bila Ed takde nanti, fyka jangan sedih ye. Ramai orang sayang Fyka, Ed pun sayang fyka." Dia menghulurkan sapu tangannya, "Kalau ed sayang orang, kenapa Ed cakap macam ni?" Aku menangis sekuat-kuat hati aku. "Ed cuma minta tolong, nanti kalau Ed dah takde, siapa nak lap air mata fyka? Fyka janganlah sedih. Tak tenang Ed nanti." Aku memandang ke arah Ed, mukanya serius. Aku akui, aku tidak pernah melihat mukanya serius begini. "Ed ni, mestilah Fyka sedih. You're mine, and I'm not ready to lose you." 

Ed senyum, tenang hati aku. "Fyka, Ed kena pergi. Fyka jaga diri ye." Aku terkejut, "Ed nak pergi mana? Tadi kata tak nak tinggalkan orang." "Fyka jaga diri baik-baik eh, mungkin Ed tak akan wujud lagi dalam dunia ni, tapi dalam hati Fyka ada Ed. Ed akan duduk situ sampai bila-bila. Ed sayang Fyka.." Lantas, Syed Farhan pergi meninggalkan aku. Entah kenapa aku tak perasaan, dia menuju ke arah pintu yang bercahaya. "Eeeeeedddd, orang sayang gemok, orang tak akan lupa kan gemok. I love you Syed Farhan!" Aku menjerit sekuat hati aku.

Rupa-rupanya, aku mimpi. Mungkin ini pesanan terakhir dari arwah. Afyka Adriana sayang Syed Farhan.

p/s; I know it's not sad at all. But, enjoy! x