Do read, do follow. Please dont copy any my words. I know where's mine, where's not. Thank you x

Pudar?

Aku termenung jauh, memikirkan pasal aku, dan engkau. Tiba-tiba terasa bahuku di cuit.. "Weh! Termenung nampak? Dah sampai mana? Agak-agak sampai Paris tak?" Suara yang amat aku kenali, Alya. Lalu dengan spontan aku menjawab "Tak ada lah sampai Paris, sampai rumah Adam aje." Alya memberiku senyuman kelat.. "Eh, kau kenapa? Steady! Aku tak suka Adam lah, ish." Alya tetap tidak memberi respon, aku duduk sambil memandangnya. "Dah lewat, jom balik" Pelawa Alya.


Kami berjalan beriringan, aku memulakan bicara "Kau okay tak ni? Baru cakap sikit je." Alya terhenti dan berkata.. "Eh, aku okay lah. Tak ada, aku tengah fikir pasal kau." Aku memandangnya sambil mengerut dahi. 'Kenapa dengan aku?' Bisik hatiku.. "Haa? Aku? Haha!" Responku. "Tak ada apa lah, sampai rumah aku cerita." 


Kami sampai di rumah aku tepat pada pukul 6.30 petang. Sesampai dirumah, kelihatan bibik sahaja ada di laman rumah, aku memulakan bicara. "Bik, mana ibu? ayah? kakak? adik?" sambil mengerutkan dahiku. Soalan aku itu juga turut disambut ketawa kecil oleh alya. "Kau semua nak tanya kan." Aku menjeling Alya.. "Bik, ibu mana?" Aku meninggikan suaraku.. "Oh ya cik, ibu awak jalan, semua jalan." Aku senyum dan berlalu masuk ke dalam rumah bersama Alya.


Aku memulas tombol pintuku dan terus menghempap diriku di atas katilku yang empuk itu... Tiba-tiba ada pertanyaan yang harus aku tanya kepada Alya. Aku memulakan bicara..


"Alya, kau nak cerita apa pasal aku tu?" Kataku.
Alya memandang aku dengan muka tidak selesa sambil berkata. "Haa, apa ya?" 
"Dia yang nak kata pasal kita, dia yang lupa." Aku mendengus kasar.
"Oh okay okay, dah ingat. Macam mana kau dengan dia?" Soal Alya.
"Aku dengan dia? Tak ada special, macam biasa. Dia dengan diri dia, aku dengan diri aku."
"Tapi kenapa dia tiba-tiba cari engkau?" 
"Kalau aku tahu, dah lama aku bagitahu engkau Alya." Sunyi sepi, ya itu keadaan yang aku boleh gambarkan suasana di bilikku.. Sepi itu hilang begitu saja, satu ketukan di pintuku "Ain, Alya? Dah mandi? Nak dkt maghrib dah ni. Lepas solat maghrib turun bawah ye nak." Ibu.. Suara ibu, aku pasti.


"Alya, engkau mandi lah dulu." Sebaris senyuman aku berikan kepada Alya. "Eh, engkau tak nak mandi? Tak nak solat maghrib sekali?" Sinis Alya. "Tak, aku Allah bagi cuti. Nanti usai kau solat, kita pergi bawah sama-sama" Alya berlalu pergi ke kamar mandi. Ya aku akui, Alya seorang kawan yang baik. 


Aku termenung melihat Alya menyelesaikan solat Maghrib yang hanya 3 rakaat itu. Aku tersenyum, 'Alya, doakan aku' bisik hatiku. Usai Alya solah maghrib, kami menuju ke bawah. Ibu sahaja yang ada disitu, aku mengangkat kening dan bertanya "Ibu, mana ayah? kakak dengan adik?" Pelikku. "Diorang tak balik lagi, shopping sangat lahtu." Itu sahaja perkataan yang keluar daripada mulut ibu... 


Selesai makan, jam menunjukkan sudah pukul 8 setengah, Alya naik ke atas untuk mengerjakan solat Isyak. Sementara aku, aku pergi ke luar. Duduk di depan kolam ikan, kepalaku mendongak ke atas dan termenung.. "Kenapa? Kenapa disaat aku ingin melupakan kau, kau datang balik dalam hidup aku? Benci? Itu sahaja yang aku boleh gambarkan tentang perasaan ku ini. Aku tak sanggup lagi hendak masuk dalam permainan kau. Pudar? Aku tidak pasti, aku tidak pasti sama ada hati aku ini pudar atau semakin sayang. Aku hanya mampu berserah kepada-Nya, semoga aku di pertemukan jodoh yang baik."


- Maaf post mengarut. Tapi mungkin adanya betul. Selamat datang, Julai..